Remiser

Remiser ANDA !!!

SHAMSUDIN BIN YAHAYA, CFA



En. Shamsudin bin Yahaya adalah seorang perunding dan penceramah bebas didalam  sektor pasaran modal negara dengan pengkhususan dalam pasaran ekuiti dan derivatif.

 Beliau juga merupakan seorang pensyarah bagi kursus persediaan Module 6 (Stock Market & Securities Law) dan Module 7 (Financial Statement Analysis & Asset Valuation) yang dianjurkan oleh PRIBUMI dan Securities Industry Development Corporation (SIDC). Beliau telah ditauliahkan sebagai “Accredited Trainer” bagi kelayakan “Islamic Finance Qualification” oleh Chartered Institute for Securities & Investment (CISI), UK dan program “Islamic Capital Market Graduate Training Scheme” oleh SIDC.

En. Shamsudin mempunyai pengalaman yang amat luas dalam berurusniaga saham setelah berkecimpung dalam bidang tersebut selama lebih daripada dua puluh tahun. Beliau memulakan kerjayanya di Inter Pacific Securities Sdn Bhd, Johor Bahru sebagai seorang wakil peniaga saham (Remiser) pada tahun 1986.

Pada tahun 2006,beliau meninggalkan Inter Pacific Securities untuk bekerja di OSK Investment Bank Berhad, Johor Bahru sebagai Naib President-Pembangunan Perniagaan dimana beliau telah diberi tanggung jawab untuk merangka perancangan strategik bagi pembangunan perniagaan syarikat. Pelanggan-pelanggan beliau terdiri daripada pelabur-pelabur runcit, pelabur institusi dan juga koperat diantaranya termasuk -Pelaburan Johor Berhad, Yayasan Pelajaran Johor, Perbadanan Usahawan Johor Berhad, Kulim Berhad, Sindora Berhad, KPJ Healthcare Berhad dan lain-lain.

En. Shamsudin mempunyai kelayakan sebagai “Chartered Financial Analyst” yang ditauliahkan oleh CFA Institute, USA. Beliau merupakan ahli Persatuan Pakar-Pakar Analysis Kewangan Malaysia dan ahli kehormat Persatuan Remiser Bumiputera Malaysia (PRIBUMI).